Keep It Simple
The owner



Hanani | 20th February | 20




Drop some lines



Other Post



Credits

Skin by:
Edited by:
Background :
Cursor :
Images :
Best view in Google Chrome only.

Benci Itu Membutakan
Tuesday, March 22, 2011 | 10:12 PM | 0 Comment(s)


Orang selalu mengatakan bahawa perasaan sayang itu buta dan perasaan itu akan membutakan kita dari melihat sikap negatif orang yang amat kita sayangi itu. Tapikan, rasanyalah, bukan perasaan sayang sahaja yang macam itu, perasaan benci pun macam itu juga.

Ini hanyalah teori yang datang tanpa diundang, tetapi rasanyalah kebencian akan menghalang kita daripada melihat kebaikan orang yang kita benci memandangkan apabila kita membenci seseorang, yang kita kan pandang hanyalah kelemahan dan keburukan orang tersebut sahaja.

Walaupun orang itu memang ya ada sikap positif, kita akan berasa sukar hendak menerima kenyataan tersebut dan mungkin akan berakhir dengan kita menafikan sikap positif orang itu.

Bukan hendak menyindir orang disini, diri sendiri ni pun macam tu juga kekadang. Biasalah, manusia kot. :P

Sahaja je nak cuba post dalam Bahasa Melayu. XD


Older Post | Newer Post